fbpx

Emma Maembong mengaku ‘kepochi’ rumah tangga Bella, Aliff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emma mengaku tersilap langkah terlalu memgambil tahu tentang rumah tangga Bella dan Aliff selepas aktor kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat dengan Ruhainies.

PETALING JAYA – Tampil membersihkan nama, pelakon Emma Maembong mengaku silap namun tiada niat untuk campur tangan dalam urusan rumah tangga Bella Astillah.

Emma, 32, membuat permohonan maaf selepas namanya terkait dalam isu membabitkan kontroversi pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz seperti didedahkan oleh wanita dikenali Sarah Yasmine.

Bukan hanya permohonan maaf, dia turut menegaskan tiada niat menjadi penyibuk dalam urusan rumah tangga Bella sebaliknya tujuannya menghubungi Ruhainies adalah untuk mendapatkan kepastian mengenai khabar angin yang tersebar dalam kalangan kru belakang tabir.

“Saya minta maaf. Tidak sepatutnya saya ambil tahu atau masuk campur urusan rumah tangga orang lain.

“Betul saya ada berbual dengan Ruhainies mengenai cerita yang saya dengar tentang Bella. Antara Ruhainies dan Bella, saya lebih rapat dengan Ruhainies kerana kami sering berkongsi masalah bersama.

“Jadi, apabila ada orang bercerita pasal Bella, saya pun terus ‘voice note’ Ruhainies dan bertanyakan tentang khabar angin itu,” katanya dalam sebuah video.

Dalam pada itu, dia menegaskan tidak wujud istilah fitnah atau mengutuk apatah lagi ingin menyebelahi mana-mana pihak dalam isu tersebut.

Namun dia mengakui terkejut rakaman suara yang dihantar pada Ruhainies telah tersebar sehingga diketahui oleh Bella.

“Apa yang saya katakan adalah satu pertanyaan selepas mendengar orang di set bercakap (mengenai Bella).

“Saya tidak fitnah, mengutuk atau menyebelahi mana-mana pihak. Bagi saya, tidak manis kalau saya bertanya perkara itu kepada Bella dalam situasi yang dihadapinya waktu itu, jadi saya tanya Ruhainies.

“Saya akui adalah silap saya kerana sibuk bertanya. Bagaimanapun ‘voice note’ saya itu tiba-tiba sudah sampai di tangan Bella.

“Saya minta maaf kepada semua atas salah faham yang terjadi. Perkara ini tidak akan jadi begini kalau saya tanya terus kepada Bella, walhal cara itu lebih baik,”katanya lagi.

Tambah Emma, sebab utama dia memilih untuk bertanya cerita kepada Ruhainies adalah disebabkan hubungannya dengan Bella hanya sekadar rakan dalam industri seni.

“Hubungan kami baik-baik saja, tapi antara saya dan Bella, kami hanya rakan dalam industri dan sering berjumpa di acara hiburan saja berbanding Ruhainies yang saya lebih rapat

“Sepanjang saya sibuk menjalani penggambaran, kes Bella memang kecoh dalam kalangan kru produksi. Ramai yang bertanya mengenai kisah rumah tangganya, tapi saya tegaskan yang saya tidak tahu.

“Ada pelbagai cerita yang timbul dan pelbagai versi dan rasa kasihan terhadap Bella. Sudah tentu sebagai wanita saya tahu kesakitan yang dilaluinya,” katanya.

Terdahulu, Sarah terus mengundang ‘bala’ buat Aliff dan Ruhainies apabila terus memuat naik perbualan WhatsApp dua pelakon tersebut dalam Instagram semalam.

Antara yang paling mencuri perhatian apabila nama pelakon Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong turut terpalit dalam perbualan antara mereka.

Menerusi tangkap layar tersebut, Ruhainies mendakwa Emma baru menghubunginya dan Chacha pula dikatakan menyelar kenyataan Bella seolah-olah ingin menyelamatkan diri, selain menyifatkan hanya individu bodoh sahaja yang akan mempercayai kenyataan dibuatnya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI