KUALA LUMPUR – Dua pengawal keselamatan warga asing dicekup kerana memiliki kad pengenalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Alam Damai, di sini semalam.
Kegiatan kedua-dua suspek masing-masing berasal daripada Indonesia dan Filipina dibongkarkan hasil risikan dan pemantauan selama dua minggu.
Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, suspek berusia 21 dan 23 tahun tersebut memiliki kad pengenalan tersebut untuk mendapatkan pekerjaan.
“Mereka memperolehi kad pengenalan tersebut dengan meminjam daripada rakan kenalan sebagai identiti diri mereka untuk mendapatkan pekerjaan tanpa sebarang bayaran,” katanya hari ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menggunakan kad pengenalan berkenaan sejak enam ke dua tahun.
“Kedua-dua individu akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan boleh disabitkan atas kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(e)Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM30,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. – KOSMO! ONLINE.