fbpx

Caprice bersubahat jatuhkan Bella Astillah – Sarah Yasmine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah Yasmine mendakwa, Caprice bersubahat dengan Ruhainies dan Aliff demi menjatuhkan Bella Astillah.

PETALING JAYA – Memasuki episod baharu, wanita yang mengaku sebagai kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine memetik nama usahawan dan penyanyi rap, Caprice yang didakwa bersubahat ‘mengenakan’ Bella Astillah.

Katanya, Caprice mengetahui hubungan cinta antara Aliff dan pelakon, Ruhainies, namun tetap mempertahankan tindakan mereka selain mengatur komplot termasuk menyerangnya.

“Mat yang takut bini ini, mula ‘post’ pasal saya sebab bini dia dah marah. Dia kata semua kes-kes yang dia ambil kes yang ada bukti sahaja.

“Walaupun ada bukti yang Aliff dan Ruhainies betul-betul ada hubungan, tetap nak buat dan keluarkan video tentang Bella dan Muaz. Sekarang nak serang saya,” katanya dalam Instagram Story.

Hantaran panjang tengah malam tadi adalah susulan pengakuan dikongsikan dalam laman sosial sama tiga hari lalu yang memperincikan kecurangan suami kepada Bella itu dengan dirinya dan Ruhainies.

Menurut Sarah lagi, tangkap layar perbualan dalam WhatsApp serta foto mesra Bella dengan pelakon, Muaz Zabir yang tular sebelum ini adalah suntingan Caprice.

Sarah juga mendakwa pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu yang menasihatkan Aliff agar tidak setuju untuk berpisah ketika sebutan kes perceraiannya pada 4 April lalu.

Pada masa sama, wanita asal Singapura itu turut menyindir Caprice apabila mengulang semula soal aib yang lebih dulu disentuh penyanyi terbabit.

“Sarah Singapore kening? Okey sahaja, daripada pencipta konten yang pergi Palestin bukan niat tolong orang, tapi nak buat video muzik untuk konten.

“Awak sepatutnya cakap dengan diri sendiri, berbanding bercakap pasal orang lain kalau nak sentuh isu aib,” ujarnya.

Terdahulu, Sarah membuat pendedahan dengan berkongsi beberapa paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan Aliff.

Antaranya termasuk isu tangkap khalwat, perceraian komplot menjatuhkan Bella selain perbualan mengenai Emma dan Chacha Maembong yang mengutuk isteri Aliff.

Kedua-duanya mengatakan hanya orang tidak bijak sahaja akan mempercayai kisah diluahkan ibu kepada dua cahaya mata itu.

Isnin lalu nama Sarah menjadi sebutan ramai selepas dia mengaku sebagai kekasih Aliff selai membuat pendedahan kerana tidak tahan melihat Aliff dikecam susulan kes berkhalwat dengan Ruhainies. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI