fbpx

Anwar doakan kesembuhan Pak Lah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Berita mengenai kemasukan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat mengalami ‘small spontaneous pneumothorax’ (masalah paru-paru) turut mendapatkan perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menerusi ciapan di laman X sebentar tadi mendoakan kesihatan yang baik-baik buat Tun Abdullah dan berharap beliau segera sembuh.

“Mendoakan Tun Abdullah Ahmad Badawi diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan, Insya-Allah,” ciapnya.

Terdahulu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan Tun Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Pak Lah berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN sejak semalam.

Menurut Khairy Jamaluddin, Pak Lah memerlukan rehat secukupnya dan pihak IJN juga menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI