fbpx

62 kenderaan dipandu warga asing disita, dakwa dapat dari orang tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menerusi Op Pewa, di sekitar Kampung Batu, Kuala Lumpur, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Segelintir warga asing masih degil dan mengendahkan keselamatan jalan raya apabila menunggang serta memandu kenderaan tanpa dokumen yang lengkap di sekitar Kampung Batu, di sini, pagi tadi.

Malah, mereka yang ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur ketika melakukan penyamaran turut mengakui kenderaan tersebut dibeli menggunakan nama warga tempatan selain mendakwa ia milik majikan.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Endrick Jusiang berkata, Op Pemandu Warga Asing (Pewa) yang berjalan selama empat jam itu berjaya menyita 62 kenderaan dipandu warga asing tanpa lesen.

Jelas beliau, pecahan kenderaan disita membabitkan 58 motosikal, dua buah lori, dan dua buah kereta.

“Sebanyak 422 notis (saman) dikeluarkan dalam operasi yang bermula dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 1 petang itu.

“Kesalahan paling tinggi membabitkan lesen memandu sebanyak 204 kes, lesen vokasional (12), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (48), salah guna LKM (44), tiada insurans (46), kesalahan teknikal (66) dan lain-lain kesalahan (dua),” katanya.

Menurutnya, 62 pemandu dan penunggang warga asing yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh seramai 16 orang, India (sembilan), Pakistan (14), Kemboja (satu) dan Myanmar (16).

Katanya, seramai 65 anggota dan pegawai JPJ Kuala lumpur serta tiga kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyertai operasi tersebut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI