fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Tiga jenazah selesai bedah siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN di Jabatan Forensik HRPB Ipoh, Perak tenang dan terkawal bagi urusan menunjut jenazah kesemua mangsa nahas dua helikopter milik TLDM terhempas di Pangkalan TLDM Lumut semalam.

IPOH – Jenazah tiga daripada 10 mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut semalam selesai dibedah siasat malam tadi.

Difahamkan, proses bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) itu membabitkan tiga mangsa wanita.

Proses bedah siasat tujuh mangsa lain pula disambung hari ini sebelum jenazah kesemua mereka dituntut waris untuk urusan pengkebumian.

Sementara itu, puluhan ahli keluarga mangsa mula berkumpul di Jabatan Forensik HRPB sejak pukul 7 pagi tadi.

Kehadiran mereka antara lain bagi menuntut jenazah yang akan dikebumikan mengikut istiadat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Suasana di pekarangan Jabatan Forensik HRPB tenang dan terkawal di mana turut kelihatan beberapa kenderaan membawa pegawai tentera memasuki rumah mayat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI