fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Muhammad Faisol dikebumi dekat kubur ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noryani menunjukkan gambar kenangan bersama Muhammad Faisol (kanan) pada hari raya pertama lalu. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

SIK – Jenazah Allahyarham PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, 36, akan dikebumikan dekat pusara arwah ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Muhtahdin di Sik Dalam, di sini hari ini.

Allahyarham Muhammad Faisol merupakan salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada semalam.

Menurut kakak sulung arwah, 50, isteri arwah iaitu Norsyuhada, 37, menghubunginya semalam dan meminta pandangannya berhubung lokasi pengebumian Muhammad Faisol.

“Saya cadangkan supaya adik bongsu saya itu dikebumikan di tanah perkuburan sama dengan pusara arwah ibu dan ayah.

“Arwah bapa (Tamadun Othman) meninggal dunia pada 13 Januari tahun lalu diikuti ibu (Fatimah Abdullah) pada 14 Ogos tahun sama,” katanya.

Tambahnya, Muhammad Faisol yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan berusia enam dan 10 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI