fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Jenazah dibawa ke lokasi persemadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah van jenazah keluar dari Kem 23 RAMD di Jalan Tambun, Ipoh pada pukul 6 petang tadi.

IPOH – Semua lapan jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selesai disolatkan dan telah dibawa keluar dari Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), di sini pada pukul 6 petang tadi.

Kelapan-lapan jenazah berkenaan disolatkan di Surau Salahudin Al-Ayubi Kem 23 RAMD yang turut dihadiri ahli keluarga masing-masing dan barisan pegawai tertinggi angkatan tentera.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pertahanan Adli Zahari dan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayub.

Dalam kejadian sekitar pukul 9.30 pagi semalam, 10 pegawai dan anggota TLDM terkorban selepas dua helikopter dinaiki mereka bertembung ketika menjalani raptai sambutan Hari Ulang Tahun dan Perbarisan TLDM ke-90, di Lumut.

Insiden tersebut melibatkan tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM dengan semua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI