fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Ebit Lew hadir lawat waris mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EBIT LEW tiba di pekarangan Jabatan Forensik HRPB Ipoh hari ini. - MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pendakwah terkenal, Ebit Lew menjadi antara yang hadir ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh tengah hari tadi.

Kehadirannya itu difahamkan untuk melawat waris-waris kepada mangsa yang terkorban dalam tragedi dua buah helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pagi semalam.

Beliau atau nama sebenar, Ebit Irawan Ibrahim Lew tiba di Jabatan Forensik HRPB pada pukul 12.45 tengah hari.

Ketika disapa oleh pemberita, beliau memaklumkan kehadirannya adalah untuk menziarah waris telah berada di HRPB sejak petang semalam.

Selepas selesai proses bedah siasat, lapan jenazah mangsa yang beragama Islam dalam tragedi tersebut akan disolatkan di masjid Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini pada petang ini.

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke masjid di kem di Jalan Tambun itu untuk disolatkan dan pelaksanaan istiadat rasmi selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

Setelah itu, jenazah akan dibawa ke destinasi seperti yang dimohon oleh keluarga mangsa masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI