fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Allahyarham Amirulfaris rancang beli rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA di pekarangan rumah Allahyarham Mohammad Amirulfarisdi Jalan TSP 15, Taman Senawang Perdana, Seremban, hari ini.- Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohd. Marzukhi pernah berhasrat membeli sebuah kediaman di Perak.

Kawan baik Allahyarham, Leftenan Komander Helman Hashim, 35, berkata, Allahyarham melalui ejen memintanya untuk menguruskan penghantaran dokumen bagi tujuan pembelian tersebut ke Kementerian Pertahanan, Jumaat lalu.

Bagaimanapun menurutnya, dia hanya sempat menguruskan penghantaran permohonan berkenaan pada pagi semalam, iaitu sebelum nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

“Saya sempat hubungi Allahyarham pagi semalam. Saya ‘call’ tak dapat. Saya dapat tahu kejadian ini pun kerana bertugas di pejabat bahagian operasi Markas TLDM,” katanya ketika ditemui pemberita, di Taman Senawang Perdana, di sini hari ini.

Helman berkata, Allahyarham Mohammad Amirulfaris dikenali sebagai seorang yang sangat baik serta tidak pernah memarahi rakan sekerja.

“Saya mengenalinya sejak tahun 2007 dan duduk di rumah sama. Allahyarham pun memang bijak dan minat dalam bidang penerbangan lebih-lebih lagi bahagian taktikal,” katanya.

Sementara itu, tinjauan pemberita ke rumah keluarga Allahyarham mendapati saudara-mara serta sahabat handai mula hadir sekitar selepas solat asar.

Jenazah Allahyarham kini dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Senawang Perdana terlebih dahulu sebelum dikebumikan, malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI