fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Nama calon diumum malam ini – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bercakap pada sidang akhbar di Kementerian Komunikasi, Putrajaya, hari ini. FOTO FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – “Mana awak tahu, siapa sumber awak,” kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil.

Itu respon Fahmi berhubung laporan sebuah portal berita kononnya Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming akan diangkat sebagai calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, setakat ini, nama calon belum dimuktamadkan lagi.

“Belum ada selagi tidak diumumkan. Belum ada tapi kita tunggu Insya-Allah malam ini, sekitar 9.30 hingga 10 malam di Kuala Kubu Baharu,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah pilihan raya kecil Pakatan Harapan (PH) Ng Sze Han berkata, sepuluh nama berpotensi disenarai pendek dan dimuktamadkan dalam mesyuarat kepimpinan tertingginya malam tadi.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat barah.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, Kerajaan Perpaduan tidak pernah mengekang amalan kebebasan bersuara di negara ini namun, pada masa sama tidak membiarkan kebebasan memfitnah daripada terus berleluasa.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas erhubung laporan tahunan kumpulan hak asasi manusia global, Amnesty International terhadap Malaysia bagi tempoh 2023 dan 2024 yang dilancarkan semalam.

Fahmi berkata, kerajaan setakat ini tidak pernah menahan mana-mana wartawan seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Malah, katanya, tidak ada satu akhbar ditutup oleh pihak kerajaan dan mana-mana wartawan yang menulis laporan terus menulis laporan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI