fbpx

Pelancong diterkam ketika rakam swafoto dengan beruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA ekor beruang dilihat di sebatang jalan Gunung Transfagarașan, Romania, kelmarin. - Foto Jam Press

BUCHAREST – Seorang pelancong dari Scotland diserang seekor beruang ketika dia cuba merakam swafoto bersama haiwan itu dari dalam keretanya di Romania, lapor laman berita Daily Mirror semalam.

Pelancong berusia 72 tahun itu melihat dua ekor beruang ketika dia melalui jalan di Gunung Transfagarașan, dalam daerah Argeş. 

Dia kemudian memutuskan untuk menurunkan tingkap bagi merakam gambar dengan beruang berkenaan, kelmarin.

Namun, dengan tiba-tiba, salah seekor beruang melompat dan menerkam lengannya.

Rakan wanita itu segera memandu dengan pantas untuk melarikan diri daripada serangan selanjutnya sebelum dia dibawa ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan.

Seorang wartawan bertanya kepadanya: “Adakah lengan anda baik-baik sahaja?”

Pelancong itu menjawab: “Tidak, ia sakit. Kami berada di dalam kereta. Kami mahu merakam gambar, namun beruang itu datang ke tingkap.”

Doktor kemudian mengesahkan bahawa kecederaan wanita itu tidak mengancam nyawanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI