fbpx

Pegawai polis direman amang seksual remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terlibat dalam perbuatan amang seksual seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, suspek yang berusia 29 tahun dan berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian itu ditahan di sekitar Bandar Seri Alam, di sini semalam.

Menurut beliau, kejadian tersebut didakwa berlaku pada pukul 6 petang, kelmarin di kawasan Johor Jaya, di sini.

“Polis turut merampas satu telefon bimbit milik suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Pegawai itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI