fbpx

Pasukan dalam mood terbaik hadapi Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD badminton negara melaungkan keyakinan sebelum berangkat ke Chengdu, China bagi menghadapi saingan Piala Thomas dan Uber yang bermula Sabtu ini.

SEPANG – Misi skuad badminton negara pada saingan Piala Thomas 2024 kini bermula apabila mereka sudah berangkat ke Chengdu, China hari ini menjelang aksi sulung menentang Hong Kong Sabtu nanti.

Walaupun dijangka berdepan cabaran sukar, namun Malaysia bakal turun dengan semangat membara apabila pemain-pemain dilaporkan berada dalam keadaan cukup bersedia selepas menjalani kem latihan pusat sejak minggu lalu.

Pengarah Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menjelaskan, barisan pemain negara bukan sahaja sudah menghabiskan masa menjalani latihan bersama, malah turut melakukan aktiviti secara berkumpulan bagi memupuk semangat kerjasama.

Justeru, ia dilihat mampu menjadi faktor dalam usaha Malaysia mencipta kemenangan sulung ke atas Hong Kong yang dianggap sebagai penentu untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

“Seperti saya cakap sebelum ini, mood pasukan berada dalam keadaan baik dan kalau kita lihat, semuanya positif. Semua pemain menjalani latihan serta melakukan aktiviti bersama seperti bersarapan pagi.

“Ini adalah sesuatu yang sangat baik dan harap ia dapat dikekalkan sehingga ke Chengdu. Saya juga tidak mahu ada pemikiran negatif bila tiba di sana nanti,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, di sini hari ini.

Sekiranya mencatat kemenangan ke atas Hong Kong, Malaysia dianggap sudah selangkah berada di suku akhir memandangkan hanya berdepan Algeria untuk perlawanan kedua sebelum membuat perhitungan menentang Denmark bagi aksi terakhir Kumpulan D 1 Mei nanti.

Tambah Rexy, beberapa insiden termasuk salah seorang pemain tertinggal pasport di dalam bas hari ini boleh dibalas dengan kejayaan Malaysia menamatkan kemarau kejuaraan Piala Thomas selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.

“Kita mahu lupakan segala kesukaran di sini termasuk ada pemain yang tertinggal pasport di dalam bas. Diharapkan ia boleh dibalas dengan kejayaan pasukan membawa pulang trofi Piala Thomas.

Sebagai rekod, Malaysia membariskan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh bagi acara perseorangan selain mempertaruhkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri untuk beregu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI