HUBUNGAN pelakon Nikita Mirzani dengan anak sulungnya, Lolly, 17, yang berantakan sejak tahun lalu masih belum menemui penamat.
Mengakui sudah memaafkan gadis remaja itu, aktres terbabit tetap enggan bersemuka sekali pun Lolly datang mencium kakinya.
Katanya, tindakan fitnah dilakukan anaknya sangat memeritkan sehingga hatinya sukar untuk berlapang dada.
Difahamkan Lolly atau nama sebenarnya, Laura Meizani kini sudah dihantar pulang ke Indonesia selepas tinggal lebih masa di London.
Selepas bergaduh dengan ibunya sehingga meraih perhatian netizen, gadis terbabit berhijrah ke United Kingdom menyambung pengajian.
Pertelingkahan mereka tercetus selepas Lolly mendakwa Nikita melarangnya bertemu bapa kandung selain cemburukan hubungannya dengan bapa tiri.