PETALING JAYA – Belum reda, nama pelakon sensasi Aliff Aziz menjadi topik perbualan hangat netizen sehingga ada yang meminta pihak kerajaan dan stesen televisyen menyekat dirinya daripada muncul dalam mana-mana drama serta filem.
Perkara itu antara yang disuarakan pengguna aplikasi X kerana tidak mahu Aliff memberi imej dan impak negatif terhadap mana-mana naskhah lakonannya.
Bukan itu sahaja, ramai netizen yang sudah mula muak dengan cerita kecurangannya sehingga mahu dia ‘diharamkan’ daripada berlakon dengan rumah produksi Malaysia.
“Tolonglah ambil tindakan terhadap Aliff. Gam supaya dapat beri pengajaran.
“Menyesal minat Aliff dulu. Muak dengan cerita curang tak habis-habis.
“Terlalu banyak cerita negatif tentangnya, boleh tak ‘cancel’ (boikot) sahaja dia dari industri,” komen netizen.
Pada Isnin lalu, pengguna media sosial sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan seorang wanita warganegara Singapura iaitu Sarah yang mendedahkan dirinya sebagai ‘kekasih gelap’ kepada Aliff selain mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Dakwa Sarah, pendedahan tersebut dilakulan kepada umum selepas melihat Aliff meneruma kecaman teruk susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan pelakon, Ruhainies pada Mac lalu.
Bukan itu sahaja, dakwaan tersebut dikuatkan lagi apabila Sarah turut memuat naik video Aliff mencium pipinya sambil menyebut ‘I love you’.
Sebelum itu, isterinya Bella Astillah mendakwa Aliff telah berlaku curang sebanyak 11 kali termasuk didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah. – KOSMO! ONLINE