fbpx

Malaysia sokong kajian bebas tolak tuduhan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia mengalu-alukan hasil siasatan laporan akhir penilai bebas yang menolak dengan tegas tuduhan Israel mengaitkan penglibatan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dengan organisasi-organisasi pengganas.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya berkata, Israel secara berterusan menyebarkan propaganda penipuan, tipu daya dan gambaran yang salah mengenai fungsi dan aktiviti-aktiviti UNRWA.

Jelasnya, tuduhan yang tidak berasas oleh Israel bukan sahaja memburukkan reputasi organisasi berkenaan, malah menyebabkan beberapa negara penyumbang menggantung sumbangan kewangan mereka kepada UNRWA.

“Malaysia menggesa negara-negara yang menggantung sumbangan mereka meneruskan bantuan kewangan kepada UNRWA supaya badan berkenaan dapat menjalankan tanggungjawabnya dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan.

“Ini termasuk perlindungan kesihatan, pendidikan dan kebajikan rakyat Palestin di Gaza,” katanya dalam kenyataan tadi.

Kumpulan Penilai Bebas ini ditubuhkan Setiausaha Agung PBB pada 5 Februari lalu untuk menyiasat dakwaan Israel ke atas kakitangan UNRWA yang kononnya terlibat dengan serangan pada 7 Oktober tahun lalu.

Kajian bebas yang diketuai bekas Menteri Luar Perancis, Cathe­rine Colonna itu mendedahkan Israel tidak mengemukakan bukti yang boleh dipercayai untuk menyokong dakwaan itu.

Paling malang, tuduhan terhadap UNRWA menyebabkan defisit pembiayaan yang besar apabila beberapa negara pen­derma dunia mengumumkan pemotongan pembiayaan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI