fbpx

Kanak-kanak perempuan ‘disentuh’ buruh dalam lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah apartmen, Jalan Pandan Perdana, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa yang berusia 11 tahun memaklumkan diperlaku sedemikian ketika berada di dalam lif kediamannya untuk ke kedai runcit.

Menurut beliau, suspek yang turut berada di dalam lif bertanyakan nama dan nombor telefon tetapi mangsa tidak mengendahkannya.

“Bagaimanapun, dalam kejadian sekitar pukul 9 malam itu, suspek kemudiannya bertindak memegang tangan dan punggung mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kata Mohd Azam, tangkapan telah dilakukan terhadap suspek lelaki berusia 32 tahun bekerja sebagai buruh, semalam manakala hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod lampau,” katanya.

Ujar beliau, permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam hingga Selasa hadapan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada amang seksual terhadap kanak-kanak.

“Hukuman Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 hendaklah dihukum dengan pemenjaraaan maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI