fbpx

Kalau jadi dengan Zul Ariffin, jadilah – Gayatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gayatri enggan terlalu berbicara tentang hubungan istimewanya dengan Zul Ariffin. - AMARULLAH ZAINUZZAMAN

KUALA LUMPUR – Digosipkan sebagai kekasih kepada pelakon Zul Ariffin, penerbit Gayatri Su-Lin memilih untuk mengunci mulut berbanding membiarkan soal keintiman bersama lelaki itu terus diperkatakan ramai.

Kata Gayatri atau lebih mesra disapa Gaya itu, buat masa ini dia enggan terburu-buru menamatkan zaman bujang, selain menyerahkan urusan jodoh kepada Tuhan.

“Saya tidak akan jawab spekulasi hubungan dengan Zul. Saya pun sudah 49 tahun, kalau saya tergesa-gesa mahu berkahwin dari dulu lagi saya sudah buat.

“Kahwin sememangnya perkara penting juga tetapi bukanlah sesuatu yang saya tekankan dari dulu.

“Kalau jadi bersama Zul, jadilah. Jika dengan orang lain pun okey. Sekarang jodoh di tangan Tuhan,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang media drama Restu, semalam.

Ditanya mengenai foto hari raya bersama pelakon filem Sheriff itu, Gaya pelik apabila gambar tersebut meraih perhatian sedangkan itu rutin tahunan beraya bersama keluarga Zul.

“Saya rasa dari dulu setiap kali raya, saya akan muat naik beraya di rumah Ariffin (ayah Zul Ariffin).

“Namun, saya tidak tahu kenapa jadi bualan kali ini walaupun setiap tahun saya muat naik gambar beraya di tempat sama,” ujarnya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan ibu Zul, Allahyarham Robiah Nasir, Gaya tidak menafikan wanita itu sebagai tempat mengadu selepas pemergian bapanya.

“Sebenarnya saya dengan mak Zul memang sangat rapat dan saya sangat sayangkan dia. Mak saya strok dan selepas itu bapa saya pula meninggal dunia.

“Jadi saya mahukan figura seorang ibu. Ibu Zul pula sangat baik dan suka ambil berat. Dia ibarat ibu angkat yang menjadi pendengar setia saya, bahkan saya selesa bersamanya.

“Saya pula anak manja. Selepas bapa saya meninggal, dunia saya jadi gelap sampai saya terpaksa ambil masa bertahun-tahun untuk terima pemergian bapa,” tuturnya lagi.

Pada 1 Syawal lalu, Gayatri mengundang perhatian ramai apabila berkongsi kemeriahan berhari raya dengan Zul.

Keintiman mereka bukan lagi rahsia walaupun percintaan antara mereka yang pernah terjalin pada 2012 berakhir selepas tiga tahun.

Mereka masih akrab dengan menghadiri pelbagai majlis, bahkan kemuncaknya Zul menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada Gayatri dua tahun lalu.

Namun pelakon filem Penanggal itu menepis dakwaan cinta mereka kembali bertaut, biarpun mengakui wanita terbabit sebagai insan istimewa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI