fbpx

EPL: Liverpool waspada derbi Merseyside

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA melengkapkan jaringan ke-100 bersama Liverpool ketika menyumbang satu gol menentang Fulham kelmarin. - AFP

LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Diogo Jota memberikan kelegaan buat pengendali pasukan, Jurgen Klopp untuk memastikan kemenangan pasukan itu pada baki lima perlawanan musim ini.

Selepas diletakkan dalam kesebelasan utama menentang Fulham, Sabtu lalu, bintang Portugal itu cemerlang menyumbangkan satu gol sekaligus menampung masalah yang sedang dihadapi Darwin Nunez dan Mohamed Salah.

Rentetan itu, kualiti sama pastinya ditagih oleh Klopp bagi menghadapi satu lagi tugasan mencabar pada aksi derbi Merseyside menentang Everton di Goodison Park, awal pagi esok.

“Saya menanti peluang kerana saya mungkin tidak akan bermain semua perlawanan kerana baharu saja kembali selepas berehat kira-kira tiga bulan. Jadi, jaringan itu penting untuk saya dan akan momentum itu akan dibawa ke perlawanan selepas ini.

“Kami sedar kena menang kesemua perlawanan musim ini dan perlawanan selepas ini juga begitu mencabar kerana kami hanya ada masa singkat untuk berehat.

“Selepas ini adalah derbi Merseyside dan sekarang kami perlu kembali cergas untuk terus menghadirkan keputusan baik,” katanya.

Sebelum ini, Jota yang menghasilkan gol ke-100 peribadi di saingan bola sepak Inggeris ketika menentang Fulham sebelum ini sering dikenali sebagai hero The Reds atas kemahirannya menyempurnakan jaringan pada detik-detik penting

Ketika ini, Liverpool harus mengelak tercicir mata bagi mengekalkan kedudukan pasukan selaku pencabar kejuaraan sekaligus mampu memberikan tekanan kepada dua lagi pesaing, Arsenal dan Manchester City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI