fbpx

CBP catat untung RM30 juta suku pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairil Anuar (dua dari kanan, depan) bergambar bersama sebahagian daripada pemenang hadiah Kempen Hello CBP 2024 bersempena majlis rumah terbuka di Kuala Lumpur kelmarin.

PETALING JAYA – Co opbank Pertama (CBP) telah mencatat keuntungan sebanyak RM30 juta bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohamad Anuar berkata, dalam tempoh tersebut juga, CBP telah mengumpul jumlah asetnya sehingga mencecah kepada hampir RM11.5 bilion.

Menurut beliau, dalam suku pertama itu juga, nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) masih di bawah paras industri iaitu 1.6 peratus dan berharap kadar tersebut akan terus berkekalan hingga akhir tahun.

“Antara faktor pemacu kepada kejayaan tersebut adalah penggunaan perbankan digital iaitu aplikasi HeloCBP yang dilancarkan baru-baru ini yang mendorong kepada kecekapan per­khidmatan CBP.

“Kaedah HeloCBP ini ternyata amat memudahkan pelanggan melakukan urus niaga perbankan dalam talian tanpa perlu ke kaunter.

“Sehubungan itu, kami merancang untuk melancarkan produk-produk baharu seperti Ar Rahnu Flexi, perniagaan kiriman wang dan perkhidmatan sewa beli di samping pembiayaan peribadi kepada segmen-segmen baharu seperti kakitangan swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri CBP di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini kelmarin.

Pada majlis tersebut, CBP turut menyampaikan hadiah kepada 10 pemenang bagi Kempen Hello CBP 2024 yang mana hadiah utamanya berupa sebuah kereta Proton S70, dua buah motosikal Suzuki Gixxer 250 dan pelbagai hadiah lain seperti pakej umrah serta pelbagai hadiah barangan elektrik lain yang bernilai keseluruhannya kira-kira RM300,000.

Cabutan hadiah Kempen Hello CBP 2024 ini diadakan pada setiap suku iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.

Objektif kempen ini adalah untuk memberi penghargaan kepada pelanggan sedia ada atau baharu yang setia melanggan produk-produk runcit CBP se­perti deposit, Pembiayaan Peri­badi Al-Yasser, Pembiayaan Perumahan Al-Amali, Pembiayaan Ar Rahnu, Takaful Smartcare dan juga produk lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI