fbpx

Bella Astillah dedah pernah jumpa Sarah Yasmine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella mendedahkan pernah bersua muka dengan wanita mendakwa dirinya sebagai kekasih suaminya Aliff Aziz bernama Sarah. - AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Pelakon Bella Astillah mengakui pernah bertemu Sarah Yasmine yang didakwa sebagai kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz.

Bella atau nama lengkapnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, semasa pertemuan di Kuala Lumpur, Sarah maklumkan untuk buat pendedahan pernah bersama Aliff dan bersyukur dapat menjadi sebagai bukti di mahkamah kelak.

“Dia yang mencari saya dulu. Dia hubungi dan WhatsApp saya. Jumpa dia kira-kira seminggu lalu.

“Bukan menyokong tetapi dia mengakui kesilapan, meminta maaf dan bercakap perkara yang benar. Lega sebenarnya bila pendedahan itu tular kerana bantu kes mahkamah yang sedang berjalan.

“Kebenaran itu datang dengan sendiri segala bukti sudah ada dan Tuhan permudahkan lebih-lebih kebenaran hubungan Ruhainies dan Aliff yang sebelum ini dinafikan kedua-duanya,” katanya ketika majlis rumah terbuka Universal Music Malaysia hari ini.

Dalam masa sama, Bella tidak terkejut dengan kewujudan Sarah kerana sudah mengetahui lebih awal tetapi apa yang lebih mengejutkan adalah kandungan yang terdapat dalam perkongsian dibuat Sarah Isnin lalu.

Bella atau nama lengkapnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, semasa pertemuan di Kuala Lumpur, Sarah maklumkan untuk buat pendedahan pernah bersama Aliff. – AFIQ RAZALI

 

“Saya tidak terkejut sebab itulah wanita yang dalam senarai (Aliff) yang pernah disebut sebelum ini. Kan saya letak ‘recorder’ (peranti perakam suara) dalam kereta, jadi saya tahu siapa perempuan itu.

“Cumanya saya tidak tahu secara terperinci tetapi saya rasa inilah kemanisan orang bersabar di mana kebenaran itu datang sendiri.

“Sebenarnya saya sudah ke arah ‘move on’, bila benda ini datang saya rasa terkejut dan dalam masa sama Allah nak tolong permudahkan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Bella dilihat mengikuti Instagram wanita yang mengaku menjalin hubungan dengan Aliff Aziz, Sarah Yasmine.

Dalam pendedahan mengejutkan tersebut, Sarah mendakwa sudah menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Pada masa sama, dia yang masih meneruskan hubungan dengan suami Bella itu turut mempunyai bukti bagi mengesahkan Aliff juga bercinta dengan pelakon Ruhainies.

Kata Sarah, dia berani melakukan pendedahan kepada umum selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat pada Mac lalu.

Wanita itu juga mendakwa Ruhainies telah menghasut Aliff untuk menjatuhkan isteri sendiri dan menjadi dalang mengatur rancangan untuk melihat Bella ‘tersungkur’.

Sekali gus, kontroversi kecurangan penyanyi Sayang Sayang itu sudah memasuki fasa baharu, namun hingga kini Aliff mahupun Ruhainies belum mengeluarkan sebarang kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI