fbpx

10 tangkapan berkait lelaki Israel mungkin dituduh, bebas, diusir – KP KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga Israel yang ditangkap memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru tiba di mahkamah Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tuduh, bebas atau usir.

Itu antara tindakan yang bakal dihadapi 10 individu termasuk tiga lelaki warga asing yang ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki Israel, Avitan Shalom.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, semua individu itu masih dalam tahanan pihaknya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Menurut beliau, kesemua mereka ditahan di lokap di ibu negara.

“Tempoh tahanan SOSMA tujuh individu akan tamat pada 14 Mei ini, manakala tiga lagi melibatkan warga asing akan tamat pada 15 Mei ini.

“Selepas itu, keputusan tuduh, bebas atau usir (bagi warga asing ditahan) adalah bergantung kepada siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rusdi mengesahkan seorang daripada warga asing yang ditahan merupakan pemegang pasport Amerika Syarikat (AS) dan masuk ke negara ini sebagai pelancong.

“Meskipun suspek pemegang pasport AS tidak semestinya dia berasal dari negara berkenaan. Siasatan masih dijalankan,” ujarnya.

Pada 19 April lalu, Rusdi mengesahkan 10 daripada 18 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung tangkapan ke atas Shalom.

Avitan dan sepasang suami isteri bagaimanapun sudah dituduh di mahkahmah, manakala lima yang lain dibebaskan.

10 lagi individu yang sebelum ini direman bagi siasatan lanjut mengikut Akta Senjata Api ditahan semula di bawah SOSMA.

Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 130v(1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang.  -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI