fbpx

2 tan sampah jadi ‘teman’ hidup warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAN rumah seorang warga emas yang dipenuhi sampah sarap menimbulkan rasa kurang senang jiran di Permas Jaya, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Bau busuk dan mencemarkan pemandangan, tidak ubah seperti di tapak pelupusan sampah.

Itulah yang terpaksa dilalui oleh penduduk di Permas Jaya, di sini disebabkan sikap seorang warga emas yang suka mengumpul sampah termasuk sisa makanan, timbunan plastik, kotak dan tin.

Tabiat lelaki yang dipercayai mempunyai penyakit dipanggil Hoarding Disorder (Gangguan Penimbunan) semakin menjadi-jadi apabila rumahnya itu dipenuhi lebih dua tan sampah.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Baru Permas Jaya A, Habib Syed Sallilah Aasad berkata, lelaki itu yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya

Katanya, sikap ‘hoarder’ itu menyebabkan jiran tetangganya tidak selesa apabila terpaksa sentiasa menutup pintu dan tingkap kerana tidak tahan dengan bau busuk dan nyamuk yang banyak.

Menurutnya, bau busuk yang datangnya dari timbunan sampah yang dikumpul warga emas itu boleh dihidu dalam jarak 200 meter, hingga menjejaskan sambutan perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

“Keadaan bertambah rumit apabila lelaki itu berkeras untuk membersihkan rumahnya walaupun Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mahupun SWCorp sudah mengambil tindakan sesuai,” katanya.

Pada 18 April lalu, seramai lima pekerja SWM Environment dengan menggunakan dua jentera iaiu jentolak dan sebuah lori roll-on roll-off (RORO) 16 tan membersihkan 2,200 kilogram sisa dari kediaman itu.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Johor, Mohd Khairul Azlan Sulong berkata, masyarakat perlu ada kesedaran terhadap kebersihan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI