fbpx

2 dikhuatiri maut pesawat kargo terhempas di sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Douglas DC-4 terhempas berhampiran Sungai Tanana. - X/Alaska Aviation

JUNEAU, ALASKA – Dua orang dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat kargo terhempas di Alaska, Amerika Syarikat semalam.

Pesawat Douglas DC-4, terhempas sejurus meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks di tengah negeri itu.

Tentera Negeri Alaska berkata, pesawat terbabit berlepas sejurus sebelum pukul 10 malam (waktu tempatan) sebelum terhempas dekat Sungai Tanana tidak lama kemudian.

“Pesawat itu terjunam di kawasan bukit curam di tebing sungai, di mana ia terbakar,” kata Jabatan Keselamatan Awam negeri itu.

“Tiada mangsa yang terselamat dikesan,” tambah kenyataan sama.

Beberapa gambar yang belum disahkan serta dikongsikan di media sosial menunjukkan api besar menyambar pokok.

Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, ia akan menyiasat insiden itu.

Pesawat Douglas DC-4 pada asalnya dibina semasa Perang Dunia Kedua. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI