fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Tiga kru wanita sah terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat sedang mengeluarkan mangsa-mangsa terkorban dalam tragedi yang berlaku pagi tadi.

PETALING JAYA – Tiga anggota wanita merupakan antara 10 orang mangsa terkorban dalam tragedi melibatkan pertembungan dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM, di Lumut, Perak, hari ini.

Ketiga-tiga anggota wanita tersebut terlibat dalam raptai Hari Terbuka Armada TLDM membabitkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 10 kru dilaporkan terkorban setelah dua helikopter TLDM bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada 9.32 pagi tadi.

Ujarnya, insiden itu melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM.

Mereka yang terkorban dari HOM-AW139 Kdr Muhammad Firdaus Ramli, Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, BM TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang) dan LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna.

TLDM turut memaklumkan akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI