fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Sultan Selangor sifatkan sebagai kehilangan besar untuk negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin Idris Shah

PETALING JAYA – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah buat waris dan keluarga mangsa nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pagi tadi.

Baginda selaku Kapten Yang Dipertua TLDM amat sedih dengan kehilangan wira negara dalam tragedi mengorbankan 10 anggota TLDM itu.

“Beta ingin menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan tragedi menyayat hati yang berlaku pada bulan Syawal dan semasa ulang tahun ke-90 TLDM ini.

“Beta juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada waris dan keluarga anggota TLDM yang terkorban dan berharap semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

“Beta amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas dan mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya dan bersemadi dengan aman. Sesungguhnya, ini adalah satu kehilangan besar kepada TLDM dan negara,” titah baginda dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, TLDM memaklumkan lembaga siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat nahas melibatkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter FENNEC miliknya.

Difahamkan, kedua-dua helikopter itu yang berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi tadi bertembung semasa latihan lintas hormat sempena Hari TLDM ke-90.

Helikopter HOM itu dilaporkan terhempas di Stadium TLDM, manakala FENNEC terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI