fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Rakan Mohd. Shahrizan kongsi video memasak bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Allahyarham Mohd. Shahrizan sewaktu program hari keluarga ZRR80 Northern 2022 yang dikongsikan rakannya di laman X hari ini.

PETALING JAYA – Seorang pengguna laman X @Topanesta berkongsi sebuah rakaman video memaparkan momen bersama salah seorang mangsa nahas helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi tadi.

Video berdurasi 46 saat itu merakamkan gelagat individu terbabit bersama Pegawai Waran II TMK, Mohd. Shahrizan Mohd. Termizi serta rakan yang lain bergurau senda sewaktu bersama-sama menyiapkan makanan bagi program hari keluarga yang disertai mereka.

Menerusi kapsyen video yang dikongsikan itu, difahamkan ia dirakam pada dua tahun lalu.

“Video kami dengan arwah gotong-royong memasak masa hari keluarga ZRR80 Northern 2022. Ya Allah kau tempatkan lah Shahrizan bin Mohd. Termizi dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

“Arwah merupakan ahli kumpulan ZRR80 Northern dan merupakan orang kuat kami semasa menjayakan program Hari Keluarga ZRR80 Northern,” tulisnya pada keterangan video terbabit.

Dalam perkongsian berasingan, individu terbabit turut memuat naik beberapa gambar kenangan bersama Allahyarham Mohd. Shahrizan sehingga mengundang sebak orang ramai.

Perkongsian tersebut berjaya meraih lebih 170,000 tontonan dan di ruangan komen juga telah dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai.

“Salam takziah,” ucap @AkeemSharyzal.

“Inna-lillah, takziah buat ahli keluarga arwah. Moga kuat hadapi ujian ini,” kata @syamsul.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, 10 mangsa yang maut dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, pagi tadi membabitkan tujuh lelaki serta tiga wanita. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI