fbpx

Tragedi helikopter TLDM : Peristiwa beri kesan mendalam kepada rakyat – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah helikopter milik TLDM yang terhempas di Lumut semalam.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa dukacita di atas insiden nahas dua helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut di Perak, pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, peristiwa ini bukan sahaja memberi kesan mendalam terhadap ahli keluarga mangsa tetapi ia turut menyentuh hati dan perasaan seluruh rakyat Malaysia.

“Hari ini seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita sedih nahas helikopter yang terhempas semasa melakukan raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 9.32 pagi tadi.

“Saya mengucapkan takziah buat semua ahli keluarga mangsa yang terlibat
dalam nahas tersebut dan berharap mereka diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi ujian ini,” katanya tadi.

Beliau juga turut zahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua perwira negara yang terlibat pada nahas berkenaan.

“Segala jasa, bakti dan pengorbanan yang dicurahkan untuk melindungi kedaulatan tanah air pastinya akan terus dikenang.

“Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya,” ujarnya.

Ahmad Zahid juga meminta agar orang ramai tidak menularkan video kejadian demi menjaga sensitiviti keluarga serta dapat mengganggu proses penyiasatan.

Terdahulu, seramai 10 kru dilaporkan terkorban dalam nahas dua helikopter TLDM bertembung kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

Dua helikopter yang terdiri model HOM-AW139 dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Pesawat HOM-AW139 dilaporkan terhempas di dalam kawasan Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas dekat kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI