fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Jenazah Komander Firdaus kebumi di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga Allahyarham Komander Muhammad Firdaus ketika ditemui di kediaman keluarganya di Pantai Jerejak, hari ini.

GEORGE TOWN – Jenazah Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut di Perak, pagi tadi akan dikebumikan di Kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.

Adik Iparnya yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 40, berkata, pihak keluarga sudahpun dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, jenazah abang iparnya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.

“Jenazah akan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk proses bedah siasat.

“Kami masih menantikan perkembangan terkini. Ibu bapa mertua dan suami saya sudahpun berada di Lumut,” katanya kepada Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, seramai 10 kru dilaporkan terkorban dalam nahas dua helikopter TLDM bertembung kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

Dua helikopter yang terdiri model HOM-AW139 dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Pesawat HOM-AW139 dilaporkan terhempas di dalam kawasan Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas dekat kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI