fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Fahmi Fadzil, Ahmad Maslan ucap takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kiri) dan Ahmad (kanan).

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 10 kru yang terkorban selepas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

Dua helikopter tersebut terbabit nahas semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.

“Hiba mendengar khabar duka insiden kemalangan dua helikopter semasa latihan di Lumut, pagi tadi.

“Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan seluruh warga TLDM. Semoga roh-rohnya dicucuri rahmat,” tulisnya di Facebook.

Selain itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan turut menyatakan rasa dukacita di atas tragedi tersebut.

“Turut berdukacita teramat sangat bila mendapat perkhabaran dan melihat video tragedi. Semoga Allah ampuni dosa, terima amal baik, dilapangkan kubur dan dianugerahkan syurga. Takziah kepada keluarga,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI