fbpx

Tak sedar kewujudan kekasih gelap suami, Bella Astillah, Sarah Yasmine saling ikuti Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA Astillah dilihat mengikuti Instagram wanita yang mengaku menjalin hubungan dengan Aliff Aziz, Sarah Yasmine.

PETALING JAYA – Tidak sedar kewujudan kekasih gelap suami, pelakon Bella Astillah dilihat mengikuti Instagram wanita yang mengaku menjalin hubungan dengan Aliff Aziz, Sarah Yasmine.

Bahkan, wanita dipercayai ibu tunggal dua anak itu turut menjadi pengikut laman sosial Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30.

Sebelum ini, ibu kepada pelakon dan penyanyi itu, Siti Zarina Astillah mendakwa anaknya tidak tahu menahu kewujudan wanita terbabit termasuk pendedahan yang dilakukannya.

Malah, semakan Kosmo! Online mendapati akaun Instagram Sarah meraih perhatian ramai sehingga jumlah pengikutnya bertambah sehingga 109,000 selepas pengakuannya tular sejak semalam.

Dalam pendedahan mengejutkan itu, Sarah mendakwa sudah menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Pada masa sama, dia yang masih meneruskan hubungan dengan suami Bella itu turut mempunyai bukti bagi mengesahkan Aliff juga bercinta dengan pelakon Ruhainies.

Kata Sarah, dia berani melakukan pendedahan kepada umum selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat pada Mac lalu.

Wanita itu jug mendakwa Ruhainies telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan isteri sendiri dan menjadi dalang mengatur rancangan untuk melihat Bella ‘tersungkur’.

Sekali gus, kontroversi kecurangan penyanyi Sayang Sayang itu sudah memasuki fasa baharu, namun hingga kini Aliff mahupun Ruhainies belum mengeluarkan sebarang kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI