fbpx

Penyanyi Sheqal diserang strok empat kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEQAL yang kini hanya mampu berkerusi roda selepas empat kali diserang angin ahmar ketika ditemui di Taman Tuanku Jaafar, Seremban.

SEREMBAN – Penyanyi popular pada era 90-an, Shaharim Sallehudin, 59, atau lebih dikenali sebagai Sheqal menyifatkan empat kali diserang angin ahmar de­ngan kali terakhir tahun lalu merupakan ujian yang cukup hebat buat dirinya.

Sheqal memberitahu, kali pertama diuji penyakit itu empat tahun lalu sehingga menyebabkannya lumpuh di bahagian kanan badan dan bergantung kepada kerusi roda.

Bapa kepada dua anak hasil perkahwinan dengan Normah Mohd. Yusof itu memberitahu, serangan angin ahmar ke atasnya berlaku secara mengejut dan dia tidak mengetahui menghidap penyakit darah tinggi.

“Sejak itu atas nasihat doktor, saya berpantang daripada segi pemakanan, hanya makan sayur tertentu sahaja selain bali dijadikan sebagai pengganti nasi. Malah, air rebusan bali dan buah kulim sebagai minuman harian.

“Pertama kali kena serangan angin ahmar saya memang tidak boleh bergerak langsung dan hanya mampu terlantar di katil sahaja selain me­ngalami masalah ingatan serta tidak boleh bercakap,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Tuanku Jaafar di sini.

Sheqal bagaimanapun memberitahu, keadaannya beransur pulih sejak menerima rawatan di Muar, Johor.

“Besarnya keajaiban Tuhan, saya sudah boleh bercakap macam biasa tapi masih lagi termengah-mengah,” katanya.

Sheqal memberitahu, dia disah­kan menghidap penyakit buah pinggang tahap empat bulan lepas selain beberapa penyakit lain sejak tiga tahun lalu.

“Disebabkan pelbagai penya­kit yang dihidapi saya tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan. Saya kini masih menanggung dua anak berusia 19 dan 20 tahun yang masih belajar,” katanya.

Dia bagaimanapun bersyukur dikurniakan isteri, keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu dirinya termasuk sumbangan daripada pelbagai pihak.

“Sekarang saya banyak menulis dan berhasrat membukukan penulisan saya yang kebanyakannya berkisar mengenai ilmu tasawuf,” katanya.

Sehubungan itu, Sheqal memohon mana-mana pihak yang mahu membantu dan memberikan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 1411941000043964 atas nama Shaharim Sallehudin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI