fbpx

Saya tidak tahu di mana Ippo berada – Fara Roslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARA Roslan mendedahkan tidak dapat bertemu anak keduanya, Ibrahim sejak Februari lalu. - FOTO MOHD FIRDAUS MOHD JOHARI

AMPANG – Seperti hilang jejak, isteri kepada komposer dan penyanyi, Ippo Hafiz, Fara Roslan memberitahu suaminya tidak mengangkat telefon dan sukar dihubungi.

Tegas Fara, 36, tindakan Ippo itu membuatkannya sukar bertemu anak kedua mereka, Ibrahim sejak Februari lalu.

“Dari bulan Februari Ippo tak dapat dihubungi. Saya cuba telefon tapi tidak berjawab.

“Saya tidak tahu dia di mana,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ibu kepada dua cahaya mata itu ditemui semasa prosiding kedua tuntutan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, hari ini.

Bukan itu sahaja, Fara turut mempersoalkan kenyataan Ippo sebelum ini yang mengatakan tidak menghalangnya untuk bertemu Ibrahim yang kini tinggal bersamanya.

“Saya ada bukti menyatakan dia tidak angkat panggilan telefon saya.

“Saya cuma risaukan anak sahaja, yang lain tiada masalah.

“Katanya, dia jaga anak saya, mengapa saya tidak boleh berjumpa dengannya?” ujarnya.

Terdahulu, pada 12 Mac, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi sebutan pertama kes nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Fara Roslan.

Tuntutan itu dibuat selepas Ippo mendakwa isterinya tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.

Pihak Ippo bagaimanapun tidak menerima sebarang notis rasmi permohonan cerai dan hadanah daripada pihak Fara.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua anak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI