fbpx

Satu pangkalan haram di setiap 1 km sepanjang Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KOTA BHARU – Satu pangkalan haram yang menjadi laluan tikus penyeludup untuk menjalankan kegiatan penyeludupan dikesan berada di setiap satu kilometer (km) di sepanjang Sungai Golok di negeri ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan, Datuk Sazali Mohamad berkata, kewujudan sebanyak 140 pangkalan haram di sepanjang 106 km Sungai Golok di Kelantan merupakan satu isu yang membimbangkan.

Menurutnya, siasatan mendapati, terdapat binaan pangkalan haram tidak begitu baik, namun kawasan tersebut digunakan untuk kegiatan penyeludupan.

“Berdasarkan data, terdapat 140 pangkalan haram disepanjang 106 km Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor di Tumpat sehingga ke Jeli.

“Saya lihat perlu ada kerjasama kukuh antara agensi penguatkuasaan dalam mengekang kegiatan penyeludupan di sempadan negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan di Jalan Sultan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sazali memberitahu, JKDM sentiasa memperketatkan kawalan menerusi rondaan berkala yang dilakukan oleh agensi berkenaan setiap hari.

Dalam perkembangan lain, Sazali berkata, kegiatan penyeludupan di Sungai Golok sepanjang musim kemarau ketika ini menunjukkan peningkatan.

Katanya, situasi itu dapat dilihat apabila 272 kes penyeludupan berjaya dipatahkan dalam bermula Januari sehingga semalam.

“Penyeludup dilihat mengambil kesempatan melakukan kegiatan tersebut apabila air Sungai Golok kering akibat kemarau.

“Selain itu, JKDM Kelantan juga berjaya mematahkan cubaan menyeludup pelbagai barangan dagangan termasuk cukai berjumlah lebih RM27.9 juta sepanjang tahun lalu,” katanya.

Tambah Sazali, daripada jumlah itu, rokok seludup merupakan rampasan yang paling besar dirampas dengan jumlah RM22.07 juta dengan 386 kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI