fbpx

Piala Thomas: Perlu lakar sejarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA (kiri) hadir pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad badminton yang membawa cabaran saingan Piala Thomas.

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menuntut agar skuad baharu Piala Thomas 2024 perlu membina sejarah baharu dan tidak dibuai mimpi dengan nostalgia kegemilangan lampau.

Tegas Norza, semua pemain negara yang menggalas tugas ke Chengdu, China bermula 28 April hingga 5 Mei depan mempunyai kemampuan dan bersedia untuk menamatkan kemarau 32 tahun selepas kali menjulangnya trofi berprestij itu pada tahun 1992.

“Saya rasa membina sejarah baharu itu penting kerana kita tak boleh sering dibuai mimpi-mimpi indah bahawa kita adalah kuasa besar badminton jika kita tidak melakar gelaran di kejohanan dunia, Piala Thomas dan juga pingat emas (Sukan Olimpik).

“Pertama sekali pasukan yang kita tampilkan ini antara pasukan yang terbaik kerana mereka semua ini bukan baharu dan kita perkenalkan Lee Zii Jia, Aaron Chia, Soh Woi Yik di semua tahap kejohanan.

“Harapan saya ialah pada pasukan Piala Thomas ini, mereka mempunyai keyakinan dan mampu mengatasi mana-mana pasukan dan cuba merampas Piala Thomas tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di Bukit Kiara semalam.

Dalam pada itu, Norza mengesahkan terdapat ganjaran menanti buat pemain negara sekiranya mereka membawa pulang trofi yang kali terakhir dimenangi negara pada 1992.

“Saya rasa kita berada dalam keadaan yang selesa untuk memberi insentif sekiranya mereka berjaya. Jadi, ganjaran tersebut bersesuaian dengan prestij Piala Thomas.

“Bagi saya biarkan mereka main dan bukan semata-mata kerana wang ringgit dan main dengan rasa bangga untuk negara serta pastikan maruah kita sebagai ‘badminton nation’ dikekalkan,” ujarnya.

Sebagai rekod, sejak memenangi Piala Thomas pada 1992, pencapaian terbaik Malaysia adalah muncul naib juara sebanyak empat kali, iaitu pada edisi 1994 di Jakarta diikuti Hong Kong (1998), Guangzhou (2002) serta New Delhi (2014).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI