fbpx

Penumpang bising dalam kereta boleh jadi punca kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Selain ketenangan pemandu, penumpang yang berada di dalam kenderaan juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan kelancaran perjalanan.

Ini kerana, memiliki penumpang yang berkelakuan tidak tenang serta mudah cemas boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Public Health Malaysia (PHM) mengingatkan pengguna jalan raya, sekiranya berada dalam situasi bencana atau kecemasan semasa sedang memandu adalah penting untuk kekal bertenang serta fokus terhadap pemanduan.

“Sebagai penumpang, jangan cetuskan suasana panik dalam kenderaan, bertenang dan ambil nafas secara dalam ketika berdepan situasi cemas seperti hujan lebat atau angin kuat, kemalangan, banjir atau bencana alam lain.

“Tidak perlu menjerit, jangan pegang stering pemandu kerana suasana panik akan menyebabkan gangguan dalam pemanduan dan menyebabkan risiko kemalangan,” jelas PHM dalam hantaran yang yang dikongsikan di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI