fbpx

Penting jaga ikhtilat – Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARA ZYA

PETALING JAYA – Bersuara tentang isu curang yang hangat diperkatakan dalam media sosial sejak semalam, pelakon Zara Zya berpesan agar golongan wanita dan lelaki menjaga batas pergaulan bagi mengelak terjebak hubungan terlarang.

Tanpa menyebut mana-mana nama, Zara, 38, berkata batas pergaulan sangat penting kerana jika tidak dijaga mampu menggugat kesetiaan dan timbul perasaan suka terhadap individu lain.

“Sebab itu pentingnya untuk kita menjaga ikhtilat.

“Kalau tidak, kau akan jatuh cinta dengan berlainan orang setiap hari.

“Jangan terlalu buka ruang bermesra atas niat sekadar berkawan dengan berlainan jantina,” katanya dalam InstaStory.

TANGKAP layar teguran Zara Zya mengenai batas pergaulan antara lelaki dan wanita. 

Tambah pelakon drama Risik Pada Hati itu, menjaga pergaulan juga penting bagi mengelakkan ‘makhluk’ ketiga iaitu syaitan menghasut melakukan perkara tidak sepatutnya.

Zara bagaimanapun berpendapat setiap individu bebas untuk menjadikan curang sebagai ketentuan Tuhan mahupun pilihan sendiri.

“Bila tidak jaga batas pergaulan, mudah syaitan datang buat kerja.

“Jadi pilihan di tangan sama ada jadikan curang itu takdir atau pilihan,” jelasnya.

Semalam, kecoh dalam media sosial apabila seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan dirinya ‘kekasih gelap’ penyanyi Aliff Aziz.

Pendedahan tersebut mengundang pelbagai reaksi termasuk selebriti tanah air yang rata-ratanya mengecam tindakan Aliff kerana curang terhadap isterinya, Bella Astillah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI