fbpx

Penjaja jagung bakar milik warga asing sekali lagi diserbu DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa DBKL melakukan sitaan barangan jualan jagung bakar di Jalan Saloma, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Tindakan penjaja warga asing menjual jagung bakar di tengah-tengah laluan pejalan kaki di ibu kota sekali lagi digempur penguat kuasa DBKL.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, operasi berkenaan dijalankan di sekitar kawasan Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang dan Saloma Bridge, Jalan Saloma.

Jelasnya, Jabatan Penguatkuasaan sekali lagi mengambil tindakan penguatkuasaan selepas aktiviti terbabit dikesan kembali beroperasi.

“Melalui tindakan khas yang dijalankan, DBKL melaksanakan tindakan sitaan dan pindah barangan menerusi peruntukan di bawah UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

“Antara barangan yang disita adalah jagung, papan alas, dapur panggang, rak plastik dan lain-lain,” katanya.

Menurut DBKL, peralatan yang disita akan dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

“Tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI