fbpx

Op Khas Pagar Laut Fasa 3 catat 55 kes tangkapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim (kanan). - Foto IQBAL HAMDAN

PUTRAJAYA – Op Khas Pagar Laut Fasa Tiga yang berakhir pada 16 April lalu berjaya mencatatkan kejayaan sebanyak 55 tangkapan dengan melibatkan 69 kes pelbagai kesalahan.

Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, antara ditahan melibatkan 37 kes di bawah Akta Perikanan 1985 selain tiga kes Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, ia juga melibatkan sembilan kes Akta Imigresen 1959/63, tiga kes Akta Kastam 1967, tujuh kes Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan lapan kes Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Jelasnya, tangkapan itu turut melibatkan satu kes masing-masing di bawah Kanun Keseksaan, Akta Kawalan Padi Beras.

“Berdasarkan jumlah tersebut, keseluruhan tangkapan berjaya dibuat sempena Op Khas Pagar Laut 1/2024 adalah sebanyak 121 kes dengan anggaran nilai rampasan hampir RM9 juta.

“Operasi itu diteruskan bagi fasa empat iaitu dari 17 April sehingga 30 April dengan mengukuhkan kawalan keselamatan di laut terutamanya di setiap titik panas seluruh negara selepas sambutan Aidilfitri.

“Ia dengan menumpukan kepada semua aktiviti jenayah rentas sempadan terutama kes melibatkan pendatang asing tanpa izin, penyeludupan kontraband serta penyeludupan barang-barang kawalan di sempadan perairan seluruh negara,” katanya hari ini.

Jelasnya, Maritim Malaysia tidak akan ‘mengendurkan’ kesiapsiagaan operasi pada musim perayaan bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI