fbpx

Mangsa toksik di tempat kerja semakin bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prem Anan (dua dari kanan) bergambar bersama panelist yang hadir pada sesi perbincangan mengenai isu toksik di tempat kerja di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Clever Desk, syarikat penganjuran kursus dan latihan serta pembangunan perniagaan, mahu melibatkan lebih banyak pihak termasuk syarikat swasta, agensi kerajaan dan pihak lain berkaitan untuk membincangkan isu berhubung persekitaran kerja toksik yang semakin serius berlaku di dalam negara ini.

Pengasas syarikat, Prem Anan Balasubramaniam berkata, perkara tersebut perlu diambil berat memandangkan semakin ramai pekerja yang menjadi mang­sa dan mereka tiada tempat membuat pengaduan di sebalik merujuk perkara tersebut kepada jabatan sumber manusia.

“Kami telah membuat kaji selidik mengenai isu tersebut melalui pengumpulan data daripada panggilan telefon kepada responden yang mewakili kakitangan yang menjadi mangsa dan juga wakil daripada sumber manusia pelbagai majikan dalam pelbagai sektor.

“Ia adalah satu isu yang besar dan melibatkan banyak mangsa dan daripada kaji selidik tersebut, pelbagai persoalan timbul tentang apakah yang harus mereka lakukan untuk menyelesaikan masalah? adakah mereka perlu berhenti kerja? dan apakah mereka perlu mendapatkan k­hidmat nasihat daripada sumber manusia dan juga pihak perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi perbincangan berhubung isu persekitaran toksik di tempat kerja yang dihadiri beberapa pakar terkemuka dalam bidang kemahiran masing-masing.

Antara ahli panel tersebut adalah Pakar Psikologi Klinikal, Integrated Psychology Network, Valerie Jaques; Rakan Pengarah T.Thavalingam & Co, Datuk Thavalingam C. Thavarajah dan Pengurus Negara, Randstad Malaysia, Fahad Naeem.

Selain itu, Prem Anan me­nerangkan, golongan pekerja yang bekerja di rumah mungkin terlepas daripada persekitaran toksik di pejabat tetapi mereka akan tetap mendapat gangguan dan tekanan daripada pihak majikan atau pengurusan kanan daripada aspek penghantaran e-mel, mesej dan juga WhatsApp.

“Terdapat pelbagai cara ­penyelesaian boleh didapati dengan cara hadir pada sesi perbincangan sebegini dengan mendapat nasihat daripada pakar.

“Nekad untuk berhenti kerja, adalah satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan kerana mereka ada alternatif lain untuk menghadapinya,” jelas beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI