fbpx

Kerajaan akan bantu keluarga mangsa nahas – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini. - MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

LUMUT – Kerajaan akan mengumumkan bentuk bantuan dan sokongan yang bakal diberikan kepada keluarga atau waris mangsa nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kata Datuk Seri Fadhilah Yusof.

Timbalan Perdana Menteri yang melakukan lawatan mengejut ke Pangkalan TLDM Lumut hari ini berkata beliau akan melaporkan hasil lawatan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Biarlah Perdana Menteri yang akan mengumumkan apa bantuan dan sokongan kerajaan kepada keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, kebajikan dan bantuan terhadap anggota keselamatan dan keluarga mereka, apatah lagi yang terlibat dalam nahas seperti itu, sentiasa diambil berat seperti diberi perlindungan takaful, insurans, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selain ada yang hampir bersara.

Beliau memaklumkan ada menemui waris dan keluarga mangsa serta mengucapkan takziah bagi pihak kerajaan kepada mereka.

“Sudah pasti, bukan sahaja waris, kita sendiri akan sedih dan dapat merasai kesedihan yang dialami mereka, tambahan mereka terdiri daripada keluarga muda, anak-anak masih kecil kehilangan ibu atau bapa.

“Kita dukacita kerana ia berlaku ketika TLDM sedang melakukan persiapan menyambut hari ulang tahunnya,” ujarnya.

Beliau juga meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian itu atau memaparkan perkara yang boleh mengguris perasaan waris dan keluarga mangsa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI