fbpx

Kematian 2 pemburu dipercayai berkaitan ‘rusa zombi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saintis bimbang kematian dua pemburu berkaitan dengan penyakit CWD. - Getty Images

SAN ANTONIO, TEXAS – Saintis-saintis menyuarakan kebimbangan berhubung kematian dua pemburu di Amerika Syarikat (AS) yang dipercayai berkaitan dengan penyakit ‘rusa zombi’, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Dua pemburu tersebut mati selepas makan daging rusa yang dipercayai dijangkiti Chronic Wasting Disease (CWD) atau lebih dikenali sebagai rusa zombi.

Mereka mengalami gejala neurologi yang serupa dilihat pada haiwan, menimbulkan kebimbangan CWD boleh berpindah daripada rusa kepada manusia.

Penyakit itu menyerang otak dan sistem saraf yang menyebabkan air liur meleleh, lesu, tidak tentu arah dan kurus.

Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas di San Antonio meneliti kematian dua pemburu berkenaan pada 2022. Penemuan mereka mendapati penyakit itu mungkin sudah merebak daripada haiwan ke manusia.

Salah seorang mangsa yang dibincangkan merupakan seorang lelaki berusia 72 tahun. Dia mengalami ‘kekeliruan dan sikap ganas yang berlaku dengan pantas’ serta sawan.

Pesakit itu meninggal dunia dalam masa sebulan walaupun telah dirawat.

“Sejarah pesakit termasuk kes serupa dalam kumpulan sosialnya, mencadangkan kemungkinan penularan CWD daripada haiwan ke manusia,” tulis saintis dalam laporan kes yang diterbitkan dalam jurnal Neurology.

Rakan pemburu itu juga meninggal dunia akibat penyakit sama, tetapi kajian baharu itu tidak berkongsi banyak butiran tentang keadaannya. 

CWD membawa maut dan tiada rawatan atau vaksin yang diketahui setakat ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI