fbpx

Ibu mentua sewa kren angkat menantu baru bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga wang berusaha keras bantu menjaga menantunya sehingga sembuh - Douyin

BEIJING – Seorang wanita sanggup menyewa kren untuk mengangkat menantunya yang baru bersalin pulang ke rumah mereka di Shenyang, wilayah Liaoning, lapor laman portal South China Morning Post kelmarin.

Wanita, bernama Wang itu bimbang menantunya akan menghadapi masalah untuk menaiki tangga sehingga aras tujuh selepas bersalin secara pembedahan.

Justeru, dia menghubungi syarikat kren supaya mereka dapat menggunakan jentera itu. 

Dalam video tular yang dimuat naik di platform Douyin, seorang pekerja kren dilihat mengiringi seorang wanita muda menaiki pelantar sebelum peralatan itu mengangkat mereka berdua ke balkoni sebuah rumah.

Menurut Wang, dia menganggap menantunya seperti anaknya sendiri dan sangat gembira kerana mempunyai cucu.

“Saya ingin menggembirakan menantu saya dan membantunya supaya dia kekal sihat. Saya bercadang untuk memanjakannya sebanyak yang boleh,” jelasnya.

Sementara itu, pemilik syarikat perkhidmatan kren itu berkata, ia adalah panggilan pertama seumpamanya yang diterima sepanjang 15 tahun terlibat dalam perniagaan tersebut.

“Kren kami boleh mencapai ketinggian 30 meter dan boleh menanggung berat beratus-ratus kilogram. Tiada masalah keselamatan,” katanya. – AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI