fbpx

Wanita simbah air panas pada pemuda OKU didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Rizal.

GEORGE TOWN – Wanita yang bertindak menyimbah air panas ke arah pemuda orang kelainan upaya (OKU) Sindrom Down, Jumaat lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Balik Pulau, pagi esok.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek berusia 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.

Terdahulu, Kamarul dilaporkan berkata, perselisihan faham melibatkan perkara sensitif dipercayai menjadi punca suspek wanita bertindak sedemikian terhadap mangsa, dalam kejadian di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali, Bayan Lepas, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.24 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan melecur pada sebahagian depan dan belakang badan sebelah kanan disebabkan terkena air panas dan bukannya asid.

Wanita terbabit kemudiannya ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pada pukul 9.12 malam, kurang empat jam kejadian tular di media sosial, petang hari yang sama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI