fbpx

[VIDEO] Masjid BSP terbit ‘trailer’ Sheriff Selipar Integriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video trailer ala-ala Sheriff yang dimuat naik pihak Masjid Bandar Seri Putra mendapat ribuan pujian dari pengguna media sosial.

PETALING JAYA – Kreativiti ahli Masjid Bandar Seri Putra, Bangi dalam mencipta kandungan media sosial sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai apabila membuat pratonton atau previu (trailer) ala-ala filem Sheriff.

Menerusi akaun TikTok, trailer yang berdurasi 1.47 minit itu menekankan integriti dalam kalangan ahli kariah untuk menjaga selipar masjid daripada dicuri.

Video yang dimuat naik itu juga memfokuskan kisah seorang imam yang bertugas untuk menangkap pencuri-pencuri selipar yang suspeknya terdiri daripada ahli kariah masjid.

Apa yang menarik adalah, segala lakonan, watak, skrip, rakaman kamera, muzik latar belakang dan jalan cerita adalah begitu mirip dengan trailer Sheriff sehingga mendapat pujian orang ramai.

Di penghujung video, masjid itu turut menyelitkan pesanan bahawa taubat seorang pencuri tidak diterima Allah selagi mana dia belum memulangkan harta curi itu kepada pemiliknya.

Di ruangan kapsyen, Masjid Bandar Seri Putra turut menyertakan potongan ayat al-Quran dari Surah An-Nisa’ ayat 29 mengenai memakan harta sesama sendiri.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil,” tulisnya.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 729,900 tontonan, 67,200 tanda suka dan 12,900 perkongsian.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur dan memuji usaha serta kreativiti pihak ahli masjid dalam menyebarkan dakwah kepada orang ramai.

“Mantap lah ahli kariah masjid ni. Hari tu jadi Boss James. Hari ini jadi Sheriff. Bagus betul, mengikut peredaran zaman. Dakwah yang ‘up-to-date’,” komen Shift.

“Macam nilah kalau orang muda yang uruskan atau ada jawatan. Idea-idea bernas untuk kenalkan masjid yang diurus. Dalam masa yang sama dapat tarik orang ramai terutama anak-anak muda ke masjid solat jemaah,” komen Fattah.

“Memang lain ‘level’ betul lah masjid ni. Pasal selipar je pun, tapi maksud dia sampai ke tulang menusuk kalbu betul. Terbaik ahli masjid,” komen Shirda. – KOSMO! ONLINE

@masjidbspofficial Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil (An-Nisa’: 29) Jangan ambil ringan perbuatan mengambil barang orang tanpa izin. Mencuri adalah dosa besar. Belilah selipar sendiri di @Fipper. #Sheriffincinema #sheriff2024 #Sheriffcontest @skopofficial_ #Sheriff #NarkoIntegriti #TakSemuaBolehSettle #masjidbandarseriputra #fipper #SheriffTrailer #selipar ♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI