fbpx

Tiga pekerja parah, gas nitrogen meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

SHAH ALAM – Tiga pekerja lelaki sebuah kilang parah selepas gas nitrogen meletup dalam kejadian di Kota Kemuning di sini, hari ini.

Kesemua mangsa dilaporkan berusia 30 hingga 50an.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai 12 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.14 pagi.

Katanya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut hadir bagi memastikan tiada kemerbahayaan di lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat awal mendapati letupan gas nitrogen berlaku ketika ujian tekanan dilakukan pekerja kilang.

“Letupan tersebut mengakibatkan seorang kritikal manakala dua lagi separa sedar,” katanya hari ini.

Jelas beliau, letupan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan struktur bangunan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI