fbpx

‘Sabar sekejap ya semua’ – Syasya janji beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYASYA berjanji akan memberikan kenyataan rasmi mengenai pernikahannya kelmarin.

PETALING JAYA – Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis pernikahannya yang berlangsung secara tertutup kelmarin.

Syasya atau nama penuhnya Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, berkata, peminatnya layak untuk mendapat penjelasan berhubung pernikahan dengan jejaka yang sehingga kini tidak didedahkan identitinya.

“Kesayangan saya semua (peminat) layak untuk penjelasan yang rasmi.

“Sabar sekejap ya semua,” katanya ringkas dalam aplikasi X semalam.

Menerusi perkongsian berbeza, Syasya turut memuat naik beberapa keping foto pernikahannya kelmarin.

Rata-rata memuji kecantikannya yang manis dalam persalinan serba putih sedondon dengan suami tercinta.

Malah, ada juga yang menyokong keputusannya untuk menarik diri daripada Dolla kerana mahu mendirikan rumah tangga.

“Kalau keluar Dolla demi mendirikan masjid, kami tumpang bahagia dan gembira.

“Kami hormati keputusan anda sekiranya itu yang beri kebahagiaan, tahniah!” komen peminatnya.

Sehingga kini, nama Syasya turut trending dalam aplikasi X sejak semalam selepas tular berita majlis pernikahannya.

Semalam, Syasya mengejutkan ramai apabila mengesahkan selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

Berita gembira itu dikongsi syarikat rakaman, Universal Music Malaysia (UMM) melalui kenyataan media.

Terdahulu, Dolla membuat kejutan apabila mengumumkan pengunduran Syasya menerusi hantaran dalam akaun rasmi mereka pada 8 Mac lalu.

Syasya sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang respons berhubung keputusannya menarik diri selepas lebih lima tahun bersama Dolla. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI