fbpx

Reman Hafizul disambung lima hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Hafizul (kiri) semasa di tiba pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk prosiding sambung reman. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Tempoh tahanan reman Hafizul Harawi, 38, yang merupakan suspek kes tembak di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1), Sepang pada 14 April lalu disambung lima hari.

Lanjutan reman yang bermula esok sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi memboleh siasatan diteruskan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Hafizul ditahan reman selama seminggu bermula 16 April lalu sehingga hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI