fbpx

Jual dadah guna pembungkus coklat terkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan coklat palsu yang ditemui oleh polis menyerupai coklat sebuah jenama popular. - SWNS

LONDON – Cubaan tiga individu untuk mengedar dadah yang dihasilkan dalam bentuk coklat dan dibungkus menyerupai sebuah jenama popular gagal selepas polis menyerbu sebuah rumah di Rossington, Britain.

Akhbar Metro UK melaporkan, coklat mengandungi bahan terlarang itu merupakan taktik terbaharu sindiket dadah, manakala ketiga-tiga suspek telah ditahan. 

“Coklat itu boleh disalah anggap sebagai coklat biasa, sedangkan ia sebenarnya mengandungi dadah,” kata pegawai polis. 

Polis merampas kira-kira 50 bar coklat yang mengandungi dadah jenis ganja serta wang tunai lebih £5,000 (RM29,464). 

Mereka juga menemui telefon rosak yang dibakar, dipercayai digunakan oleh pengedar dadah terbabit. 

Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI